Wednesday 9 March 2011

Aku Hanya Seekor Burung Yang Patah Sayapnya..




                                      Ohh tgginya langit tingginya awan,inginku gapai bersama rakan-rakan.
Aku ingin sekali bermain dibalik awan.mengapa mereka tinggalkan aku sendirian di tanah bumi ini?
ohh tidak patut, tapi apakan daya, sayap kanan ku telah patah tidak dpat diubah.
menyesal dgn perbuatan yg lalu.tidak menggunakan sayapku sebaik mungkin tikaterbang di awan.
hmm..
setiap hari, aku hanya mampu melihat, mereka bergelak tawa di atas sana.
tika malam aku berteman,fajar menyinsing mereka terbang dan aku ditinggalkan.
ohh alangkah indahnya jika aku mampu terbang semula seperti dahulu.


Aku hanya mampu berjalan diatas tanah bersama anak2 burung laen yg belum tahu terbang.
tiap masa tiap saat, seekor dari seekor mereka akhirnya mampu terbang.
manakala aku hanya mampu memandang. sedih rasa hati. tiada siapa yg tahu,tiada siapa yg mengerti.

tatkala ada yg bertanya bila aku mahu terbang, aku hanya mampu menjawab dgn senyuman palsu lalu pergi berjalan keseorangan.
aku mahu terbang...tetapi tidak mampu...
dan kau...dan kau akhirnya terbang mendahului aku...
aku melihatmu sbelum kau terbang...
terbanglah syg terbanglah intan..
langit menunggu mu...
awan menunggu mu...
kehidupan menunggu mu..

jika kau terbang, jgn kau tidak pulang...
aku menantimu dgn kerinduan..
aku ingin terbang bersama mu syg...
namun aku tidak mampu,malah terpaksa membiarkan kau terbang bersendirian..
jika ada yg berkenan dgnmu di atas awan, jgnlah lagi kau terbang pulang...
aku pasti aku tidakkan kau pandang..
aku tidak hebat seperti helang..tidak tampan seperti enggang..
mungkin aku terus akan berada dibawah ini,
menanti utk mati,
hanya mampu mematuk ulat yg kecil,
hanya mampu berkicau tetapi tiada bunyi,
kemegahan ku telah hilang,
senyuman ku terpadam,
kehebatan ku seperti dahulu tidak lagi dipandang,
kerana aku hanya seekor burung yg patah sayap kanan..


No comments:

Post a Comment